Friday 29 September 2017

Unique Selling Point

Contoh Jual Burger - Beri Kartun
Contoh Tudung ada logo rama-rama

Segmen Pasaran

hospital, taman perumahan, stesen petrol, kolej, sekolah, masjid, taman rekreasi, stadium, stesen keretapi,stesen bas, kilang

Kenali Pelanggan Anda

Kesemua lokasi di atas adalah contoh menunjukkan segmentasi di mana pelanggan anda berada. Anda perlulah mengkaji kedudukan lokasi, jantina, sosioekonomi, serta nilai gaya hidup pelanggan anda.




Pengetahuan Tentang Cuti/Acara

Penting untuk mengetahui berkenaan

Cuti Sekolah - Awal, Tengah, Hujung Tahun

Cuti Perayaan - Hari Raya Puasa

Acara/Majlis - Hari Jadi

- tujuan untuk target sales (lihat harian/bulanan)

Production - Harga barang mentah mestilah dibeli sebelum acara-acara penting di atas kerana harga barangan biasanya akan naik apabila toba musim perayaan dan lain-lain.

Mindset Usahawan

Setiap orang boleh berniaga, tetapi adakah perniagaan anda tetap ada apabila anda tiada?

Perniagaan online tidaklah semudah yang anda sangka. Pada zaman sekarang semakin ramai meniaga secara online dan persaingan untuk meniaga secara online sangat sengit.

Kita ambil contoh : Perniagaan Uber/Grab jika dibandingkan dengan teksi, majoriti pengguna akan menggunakan Uber/Grab kerana lebih mudah dan senang untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.


Keadaan Perniagaan

Perniagaan dahulu adalah berdasarkan promosi dan terus kepada belian berbeda dengan perniagaan sekarang dimana banyak teknik seperti informasi diberikan secara percuma + maklum balas dan akhirnya kepada peringkat belian oleh pembeli.Selain itu, cara kita berkomunikasi dengan pelanggan juga sudah berubah dengan adanya instrumen media sosial yang banyak pada masa kini.

Konsep Usahawan


Kadang-kadang dalam perniagaan, pengedar lebih kaya daripada pengeluar. Memilih perniagaan ada beberapa sebab, antaranya minat , walaupun anda mempunyai pekerjaan yang jauh berbeza dari minat anda.

Apa yang penting peniaga perlu mempunyai idea baharu dan mengikuti perkembangan semasa. Antara perkara yang boleh kita rujuk ialah seperti web google trend.

Seperti Contoh : Fesyen tudung, dahulu dan sekarang berbeda. Sama juga teknologi, ia sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman.


                              (Penggunaan google trend untuk melihat perbedaan jenis perniagaan)


Penyelesaian Masalah

Usahawan perlu memikirkan bagaimana untuk menjual produk yang menyelesaikan masalah. Selain selesai masalah, produk yang dipasarkan perlulah menarik dan bersesuaian dengan pelanggan anda. Anda perlu kuasai pasaran di tempat anda terlebih dahulu.


Target Sales

Usahawan perlu ada target sales untuk sebulan.
Contoh = RM10,000
                RM10,000/30 = RM333.00 / sehari


Perubahan Pada Mindset Pembeli

Pada era dunia digital sekarang, mindset pembeli lebih mahu kepada kefahaman yang mendalam tentang sesuatu produk. Pembeli sudah bijak, mereka mahu lebih info yang mendatangkan kebaikan kepada diri mereka sendiri.







httpschool
google partners