Monday 18 November 2019

Product Knowledge


1. Dengan buat produk knowledge ni, kita akan dapat tambahbaik kemampuan kita untuk komunikasi. Kemahiran komunikasi ni sangat penting... kerana dengan beberapa patah perkataan saja pun, itu sudah cukup untuk membawa perubahan besar dalam hidup.


Pelanggan suka berurusan dengan orang yang ada kepakaran.  closing rate akan naik.
.

jadi macamana kita nak dapatkan produk knowledge yang baik?

1. kumpulkan bahan2 yang ada mngenai produk di satu tempat. Kalau ada brosur, simpan brosur tu... kalau perlu jadkan buku, maka jadikan ia buku. Apa yang penting ialah kita ada sesuatu yang tertulis untuk kita rujuk pada bila bila masa kita perlu.

kalau ada video.. save video tu, tengok video tu dan tulis nota. Itu cara yang cepat untuk belajar.

Kita juga patut study tentang sejarah produk tu... Jika produk tu menggunakan arbutin sebagai bahan utama, maka kita kena selidiki apa arbutin tu dan berapa jenis arbutin ada atas muka bumi ni.

kita juga patut kaji sejarah atbutin tu... dan apa yang berlaku sehingga ia digunakan sebagai bahan utama produk tu.

Rakan2 juga perlu tahu mengenai latarbelakang masalah yang ingin kita selesaikan  dan juga bagaimana produk kita dapat selesaikan masalah tu.

jika perlu ceritakan bagaimana proses produk kita bertindak dalam badan ... maka ceritakanlah. Kerana penceritaan yang terperinci ni akan menjadikan harga yang mahal nampak murah.

ia juga meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap rakan2 dan juga terhadap produk yang rakan2 bawa.

rakan2 juga perlu tengok kepada proses pengilangan yang dilakukan. Ada wujud tak apa2 proses istimewa yang berlaku ketika penyediaan produk kita yang produk lain tak ada.

kadang2.. proses tu tak istimewa pun, tapi tak ada salesman lain yang sebut... jadi orang nampak produk kita la yang bagus sebab kita sebut ketika kita dalam proses untuk meyakinkan dia.

semua ini akan bantu rakan2 dapat sales dan dapat repeat sales yang tinggi.

kita juga patut tahu mengenai kaedah bagaimana nak guna produk tu. mana mungkin kita jual produk tapi kita tak tahu bagaimana nak guna produk tu.

kita mesti ceritakan dengan terperinci juga bab ini. Serlahkan kepakaran anda kepada prospek anda.

jika ada sesuatu yang special mengenai pembungkusan atau penghantaran atau apa saja... kita mesti tahu dan kita mesti ambil tahu supaya kita dapat maklumkan kepada prospek supaya mereka lebih yakin untuk beli



Jika produk kita ada warranti atau ada jaminan pemulangan wang atau sesuatu yang seumpamanya, kita mesti tahu prosedurnya dan kita mesti mampu bantu pelanggan kita jika mereka mahu claim warranty atau money back guarantee. Rekodkan dan dokumenkan elok2 sop pemulangan wang ini jika ada.

sebab kepakaran kita dan kesungguhan kita lah yang akan menyebabkan pelanggan tu membeli dengan kita dan membuat pembelian ulangan dengan kita walaupun barang kat shopee lebih murah.



ada sesuatu tentang produk kita tu yang membuatkan prospek kita itu tertarik dan hubungi kita. Kita mesti tahu apa faktor yang menarik minat prospek kita tu.

maka kita mesti TAHU BAGAIMANA NAK TUNJUK FAKTOR YANG PELANGGAN TU JADI MINAT  tunjukan dia.

dia tak nak produk kita
dia nakkan faktor tu aje sebenarnya.

inilah yang dipanggil BIG PROMISE. cari big promise produk anda dan marketkan big promise ini.

anda berjaya buat ini anda akan KAYA.

JOM SUCCESS!! Kredit - Pok Nik

No comments:

Post a Comment